ISTIGHFAR
PENGENALAN
Bismillahirrahmanirrahim
,
Tipu
daya syaitan dan bisikan hawa nafsu sentiasa mempermain-mainkan kehidupan
seorang insan, setiap saat kedua-duanya bersatu tenaga merancang untuk
merobohkan benteng iman di hati manusia. Namun begitu tidaklah Allah Taala
menyerahkan sebulat-bulatnya diri orang mukmin untuk menjadi hidangan syaitan
dan hawa nafsu mereka, bahkan Allah Taala membersih jiwa orang mukmin itu
setiap saat hingga mereka kembali kepada-Nya dalam keadaan sebersih-bersihnya.
APAKAH
TANDA-TANDA ALLAH MENSUCIKAN DIRI SEORANG HAMBA?
1.
Diturunkan musibah kepadanya lalu dia redha.
2.
Dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat.
3.
Dituntun hatinya lalu dia suka beribadat
Tiga
perkara yang amat besar fungsinya untuk memastikan hamba yang beriman tetap
terjaga dan terlindung dari jenayah hawa nafsu dan tipu daya syaitan. Sehingga
dia bertemu Allah dalam keadaan suci, bersih lagi diredhai.
•☆.•*´¨`*••♥ ۞
⋆ ۞ ⋆ ۞ ⋆ ۞ ♥••*´¨*•.☆•
DITURUNKAN
MUSIBAH KEPADANYA LALU DIA REDHA
Sesunggguhnya
musibah akan membentuk tiga karakter manusia.
1.
Jiwa yang unggul, teruji dan benar cintanya kepada Allah Taala.
Musibah
amat berkait rapat dengan perasaan kejiwaan manusia,
•
Apakah dia redha dan akur atas kehendak Allah kemudian percaya dengan ganjaran
bagi orang yang sabar?
•
Apakah dia menerima musibah itu sebagai hadiah terindah dari kekasih Yang Maha
mengasihani?
•
Apakah musibah itu mampu melonjakkan imannya ke tahap yang lebih tinggi
sehingga dia sentiasa meneliti kekurangan diri? Kemudian bertanya: “Mengapakah
Allah memilih diriku?
•
Apakah dosa-dosaku yang harus disucikan dengan datangnya musibah ini,
bagaimanakah aku harus memperbaiki diri dan amalku?”
Akhirnya,
lahir satu keyakinan bahawa Allah akan mengganti musibah itu dengan kebaikan
yang akan datang selepasnya. Sesuai dengan Firman-Nya:
☆ ☆ ☆ ☆ “Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah ayat 5)
☆ ☆ ☆ ☆ “Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah ayat 5)
2.
JIWA YANG MEMBERONTAK.
Apabila
seseorang menerima musibah dengan hati yang berprasangka buruk kepada Allah.
Dia berkata:
“Tuhan
telah menghinakan aku", menyerahkan aku kepada orang-orang yang jahat lalu
mereka menzalimiku. Tuhan menolak doa-doaku, mencampakkan ibadatku sehingga
empat puluh hari, Dia tidak menerima amal salehku. Dia menghukum, menutup pintu
langit, menahan rezeki dan mengazabku dengan musibah ini. Nauzu billahimin
dzalik, betapa bijaknya syaitan meniupkan penyakit putus harapan yang mematikan
jiwa redha seorang hamba. Hal ini amat bertentangan dengan suruhan Allah kepada
orang yang berdosa didalam surah al-Zumar ayat: 53.
☆ ☆ ☆
☆ “Katakanlah:
“Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”
3.
JIWA YANG MUDAH BERPALING.
Kesetiaan
menjadi faktor terpenting dalam perhubungan, sebagaimana seorang hamba mesti
membuktikan setianya kepada Allah dalam setiap keadaan. Susah atau senang,
sibuk atau lengang, kaya atau miskin, terkenal atau terlupakan, diatas atau
dibawah, disanjung atau dijatuhkan. Bagaimanapun situasi yang terjadi, hubungan
hati dengan Allah Taala tetap terjaga. Tidak pernah melupakan Allah saat senang
sebagaimana dia mengingati-Nya di kala susah. Tetapi Al-Quran telah merakamkan
keadaan orang yang mudah berpaling ketika dilanda musibah dalam hidupnya.
Sebagaimana firman-Nya:
☆ ☆ ☆
☆ “Dan di
antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi. Maka jika
ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa
oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di
akhirat yang demikian itu adalah kerugian yang nyata. (Surah al-Hajj ayat: 11)
Sudah
selayaknya setiap hamba Allah memandang musibah sebagai satu tanda bahawa Allah
Taala mahu membersihkan dirinya, memberi jaminan kafarah atas segala dosanya
sehingga dia bertemu Allah dengan jiwa yang redha lagi diredai. Sebagaimana
sabda Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam:
☆ ☆ ☆ ☆ “Tiada seorang muslim yang menderita kelelahan, atau penyakit atau kesusahan hati bahkan gangguan berupa duri yang menyakitinya melainkan semua itu menjadi penebus dosa-dosanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari Muslim)
☆ ☆ ☆ ☆ “Tiada seorang muslim yang menderita kelelahan, atau penyakit atau kesusahan hati bahkan gangguan berupa duri yang menyakitinya melainkan semua itu menjadi penebus dosa-dosanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari Muslim)
•☆.•*´¨`*••♥ ۞
⋆ ۞ ⋆ ۞ ⋆ ۞ ♥••*´¨*•.☆•
KEMUDIAN
TANDA YANG KEDUA, IALAH: DIHIDUPKAN JIWANYA LALU DIA BERTAUBAT
Setiap kali berbuat dosa hati akan tersiksa, takut, sedih dan putus asa mengingati kejahatan diri. Disitulah rahmat bagi orang beriman yang melakukan dosa, dia sentiasa ingat untuk bertaubat, merayu dan memohon maaf kepada Allah, merintih dan menangis, sesal yang tidak terperi sakitnya, lalu dia mendekat serapat-rapatnya kepada Allah dan mengetuk pintu taubat setiap kali melakukan kesilapan.
Setiap kali berbuat dosa hati akan tersiksa, takut, sedih dan putus asa mengingati kejahatan diri. Disitulah rahmat bagi orang beriman yang melakukan dosa, dia sentiasa ingat untuk bertaubat, merayu dan memohon maaf kepada Allah, merintih dan menangis, sesal yang tidak terperi sakitnya, lalu dia mendekat serapat-rapatnya kepada Allah dan mengetuk pintu taubat setiap kali melakukan kesilapan.
Kemudian
hatinya berbisik: “Siapakah yang berkuasa membuka relung hatiku dan
membersihkannya dari karat dan noda maksiat? Siapakah yang memberi cahaya ke
jiwaku dan menggetarkan perasaan dengan ilmu-Nya sehingga menitislah airmata
penyesalanku? Engkaulah Tuhan Yang Maha Menerima Taubat yang telah berfirman:
☆ ☆ ☆
☆ “Apabila
hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku katakanlah bahawa Aku adalah
dekat.” (Surah al-Baqarah ayat: 186)
Bagaikan
mati hidup semula, begitulah perumpamaan tentang jiwa orang mukmin yang kembali
kepada Allah, sebagaimana perumpamaan Al-Quran:
☆ ☆ ☆
☆ “Dan apakah
orang yang sudah mati kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan kepadanya
cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah
masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap
gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya?” (Surah Al-An’am ayat:
122)
Selain
menghidupkan jiwa orang mukmin, taubat juga menjadi cara dan kaedah termudah
untuk diterima kembali oleh Allah Taala dalam pelukan rahmat-Nya. Namun
kadang-kadang jiwa manusia bersikap angkuh, merasa diri telah sempurna dan
tidak pernah terseleweng walau sesaat, memandang orang lain dengan pandangan
kehinaan, seolah-olah aib dan kelemahan itu hanya milik orang sedang dirinya
tiada cela.
Beristighfarlah
untuk masa yang dibuang percuma tanpa mengingati Allah. Beristighfarlah untuk
diri yang kurang amanah terhadap keluarga dan kerjaya. Beristighfarlah untuk
membersihkan hati dari sangka buruk, riya, tamak, dengki, cemburu dan lidah
yang menyengat perasaan orang lain. Beristighfarlah kerana rela menjadi sahabat
syaitan angkara kejahilan diri dan ketandusan ilmu. Beristighfarlah untuk diri
yang tidak merasa perlu untuk beristighfar. Lakukanlah sepanjang masa hingga
bertemu Allah dalam keadaan bersih lagi diredai.
•☆.•*´¨`*••♥ ۞
⋆ ۞ ⋆ ۞ ⋆ ۞ ♥••*´¨*•.☆•
YANG
KETIGA, TANDA ALLAH MENSUCIKAN SEORANG HAMBA IALAH DITUNTUN HATINYA LALU DIA
SUKA BERIBADAT
Sepatutnya
para ahli ibadat bersyukur kepada Allah kerana mereka telah dipilih sebagai
orang-orang yang dekat di sisi-NYa. Roh ibadah itu telah menjadi darah dan
daging mereka, kemana saja mereka melangkah semuanya diniatkan untuk ibadah
kepada Allah. Tetapi berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan yang suka memuji
diri kita kerana ibadah kita itu sehingga membuat diri lupa bahawa semua itu atas
sebab pertolongan Allah Taala. Syaitan juga memujuk diri manusia supaya cepat
berpuas hati dengan ibadahnya . Sehingga roh ibadat itu hilang dalam diri
nya.
Ya,
apabila ibadat yang dilakukan tidak ditujukan untuk mengubat diri, memperbaiki
akhlak, meluruskan moral, membangkitkan kekuatan supaya cemerlang sebagai
mukmin berjaya di arena dunia yang mencabar dan ibadah itu tidak mampu
memaparkan gambaran hidup tentang siksa kubur dan nikmatnya, syurga dan neraka,
peristiwa hari kebangkitan. Apabila ibadat hanya dianggap sekadar melunaskan
hutang, membayar kewajipan, mendirikan rukun dan syaratnya saja tanpa diselami
dengan penghayatan.
Bagaimanakah
ibadah Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam? Aisyah radhiallahuanha berkata,
☆ ☆ ☆
☆ “Rasulullah
bangun sembahyang di waktu malam, sehingga pecah-pecah kaki baginda. Saya
bertanya: Mengapakah kamu berbuat begini Ya Rasulullah, padahal Allah telah
mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang kemudian? Rasulullah salallahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang
bersyukur (atas nikmat Allah tersebut).” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam
Muslim)
Tergeraknya
hati untuk melakukan ibadah merupakan tuntunan Allah kepada hamba-Nya
semata-mata mahu mensucikan kita dan memberi ganjaran yang baik di sisi-Nya.
Bukankah sembahyang menjadi pengapus dosa-dosa kecil selama tidak dilakukan
dosa besar? Jummat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan merupakan proses pergiliran
penghapusan dosa yang sepatutnya disyukuri. Jauh sekali melahirkan jiwa yang
sombong dan suka memuji diri sendiri dengan ibadah yang masih masin lagi (tidak
sedap untuk dinikmati)
Ya
Allah , bimbinglah kami agar dapat senantiasa bersyukur kepadaMu dan untuk
beribadah lebih baik lagi. Sampaikan kami pada rahmat serta ridha Mu. Aamiin.
Wallahu a'lam bishawab
Wallahu a'lam bishawab